Majlis Pelancaran Tabung Amanah Cakna Palestin
0 JOM KOMEN CATATAN DRPD ﻤﺤﻤﺩ ﻤﻬﻴﻤﻴﻥ ﺍﺒﻥ ﻤﺯﻟﻥ PADA 10:08 PM
Sempena pelancaran Tabung Amanah Cakna Palestin yang akan berlangsung pada 23 Januari 2009 ini, penganjur menyediakan agenda menarik dan mampu meninggalkan kesan di hati rakyat Kelantan tentang nasib dan penderitaan umat Islam di Palestin. Majlis ini adalah anjuran Kerajaan Negeri Kelantan dengan kerjasama semua badan-badan bukan kerajaan (NGO's) di Kelantan.
Atucara bermula seawal jam 5 petang hari berkenaan melalui Sesi Luahan dan Luahan Rasa Kekejaman Israel selama 1 jam 30 minit. Agenda ini bakal diadakan di dataran Stadium Sultan Mohamad ke IV.
Tepat jam 7.20 malam solat magrib dan Solat Hajat Perdana didirikan. Selesai solat berkenaan, solat ghaib untuk rakyat Palestin yang syahid ketika pertempuran diadakan dan zikir munajat selepasnya.
Kemudian, hadirin bersama-sama Tuan Guru Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menunaikan solat isyak.
Acara seterusnya dimulakan dengan persembahan video Palestin berdurasi 20 minit tepat jam 9 malam dan diikuti persembahan pantomen daripada pelajar Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS).
Acara pembuka tirai sesi malam akan berlangsung di Stadium Sultan Mohamad Ke IV diteruskan dengan menampilkan wakil-wakil agama dari agama Buddha, Kristian dan Hindu memberi ucapan masing-masing. Tidak ketinggalan wakil-wakil parti politik seperti BN dan PR turut sama menyampaikan ucapan.
Menghampiri acara kemuncak malam gerakan amal ini, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Dato' Husam Musa membuat ucapan alua-aluan pada jam 10.30 malam.
Acara kemuncak, ucapan khas pelancaran Tabung Amanah Cakna Palestin oleh Menteri Besar pada jam 10.40 malam diikuti dengan gimik pelancaran tabung berkenaan tepat jam 11 malam.
Sebelum majlis berakhir, turut diadakan acara penyampaian sumbangan Tabung Amanah Cakna Palestin.
Majlis ini diharap menjadi simbol kesedaran dan keprihatinan rakyat negeri ini terhadap nasib umat Islam yang tertindas di Palestin yang pastinya menyentuh perasaan hadirin seterusnya menyemarakkan lagi semangat untuk membantu mereka dengan apa jua cara sekalipun.
Semua Rakyat samada beragama Islam, Hindu, Budha & Kristian.... semua Bangsa samada Melayu, Cina & India.... semua Penyokong Parti Politik samada dari Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional... ANDA & SEMUA dijemput untuk HADIR sebagai tanda solidariti anda bagi membantah kekejaman regim Israel & US
Jemput datang & sebar luaskan.
blog: www.caknapalestin.blogspot.com
Hopefully, any boycotter here will be inspired by this article.
0 JOM KOMEN CATATAN DRPD ﻤﺤﻤﺩ ﻤﻬﻴﻤﻴﻥ ﺍﺒﻥ ﻤﺯﻟﻥ PADA 9:31 PM
Hopefully, any boycotter here will be inspired by this article. Insya'Allah.
Ramai yg tanya kenapa nak Boikot Produk Yahudi/Israel/Amerika?
Artikel di bawah adalah sebahagian jawapannya :)
Perniagaan ini beroperasi di negara Muslim, memberi pekerjaan dan meningkatkan ekonomi. Tidakkah usaha boikot merugikan kita sendiri?
Benar, banyak dari syarikat perniagaan yang tersenarai menjalankan operasi atau perniagaan mereka di negara-negara Islam, justeru mereka memberi pekerjaan kepada masyarakat Islam dan membantu ekonomi negara Islam. Tetapi kita seharusnya belajar dari peristiwa-peristiwa pembangunan ekonomi dunia, di mana keruntuhan sesebuah entiti perniagaan selalunya membuka peluang kepada entiti yang lain. Kita seharusnya mengambil situasi ini sebagai peluang untuk membina ekonomi sendiri, bukan sebagai kehilangan punca ekonomi.
Sebagai contoh, Coca-Cola yang sekian lama mendominasi pasaran Asia Tengah telah mengalami kemerosotan jualan sehingga 60% akibat boikot. Kemerosotan ini telah membuka peluang kepada produk alternatif milik perniagaan Muslim dari Iran, ZamZam Cola.
ZamZam Cola sehinggakan tidak dapat menampung permintaan bagi memenuhi kekosongan pasaran Coca-Cola. Malahan, mereka berjaya menjual sebayak 4milion tin minuman dalam minggu pertama, suatu yang tidak sekali-kali dijangka. Sekarang? ZamZam Cola meluaskan perniagaan dengan membuka kilang-kilang di negara Teluk, sekaligus memberi peluang pekerjaan yang jauh lebih menyeluruh kepada masyarakat. Dan buat pertama kalinya sebuah negara dari Eropah, iaitu Denmark, mula mengimpot ZamZam Cola.
Senario sama berlaku di Mesir pada tahun 2001, di mana penutupan syarikat Sainsbury telah berjaya meningkatkan perniagaan milik tempatan yang tidak mungkin mampu bertahan dengan dominasi pasaran syarikat-syarikat besar dari luar.
Buat kita di Malaysia, apakah salahnya kita meninggalkan ayam goreng McDonald’s? dan seterusnya mencuba produk alternatif, contohnya Radix Fried Chicken, Edlee Fried Chicken (di Kelantan), A & W dll atau mana-mana restoran Mamak Muslim berdekatan. Tidak rugi kita meninggalkan minuman Coca-Cola dengan memilih alternatif produk tempatan yang diusahakan oleh orang Islam. Apakah salahnya kita beralih daripada mengunjungi Pasaraya Tesco kepada Pasaraya Maidin?
Apakah usaha ini akan berjaya?
Mengapa tidak? Lihat kepada salah satu syarikat yang mengalami kesan teruk akibat boikot - McDonald’s.
McDonald’s merupakan “rakan korporat utama” kepada Jewish United Fund (JUF.) JUF menggelarkan diri mereka sebagai “bekerja untuk mengukuh ketenteraan Amerika, sokongan ekonomi dan diplomatik kepada Israel; memerhati dan sekiranya perlu, memberi respon kepada laporan media berkenaan Israel.” Pengerusi dan Ketua Eksekutif McDonald’s adalah Jack M Greeberg, yang juga merupakan Pengarah Kehormat American-Israel Chamber of Commerce and Industry.
Dalam bulan Oktober 2002, McDonald’s menutup operasi mereka di Asia Tengah kerana kerugian akibat kesan secara langsung daripada usaha boikot. Di Jordan, 2 daripada 6 francais McDonald’s terpaksa ditutup kerana tidak mendapat sambutan. Di Mesir, McDonald’s terpaksa menukar jenama mereka kepada Manfoods sebagai usaha untuk mengelirukan pelanggan. Usaha menukar jenama itu tidak berjaya, dan pihak berkuasa Mesir terpaksa diarahkan mengawal pintu-pintu masuk ke restoran McDonald’s akibat tindakan masyarakat yang membaling batu ke arah restoran berkenaan. Sejumlah 175 restoran mungkin ditutup, dengan membawa kerugian sebayak USD350juta.
Sekiranya syarikat gergasi seperti McDonald’s boleh menerima kesan dan tekanan akibat boikot, sudah tentu syarikat-syarikat yang lebih kecil, yang menyokong Israel, akan membuka mata dan berhati-hati dengan usaha boikot ini.
Dalam kes memboikot Amazon.com, perniagaan yang menjual buku dan produk berkaitan melalui internet tersebut telah menghentikan kerjasama mereka dengan Jerusalem Post pada bulan November 2002. Jerusalem Post telah menyumbang sebahagian daripada keuntungan hasil kerjasama dengan Amazon.com kepada tentera Israel yang pulang dari tugasan mereka di daerah Palestin.
Iklan-iklan Amazon.com yang berbunyi “Buy Amazon.com & Support Israel” dipaparkan dalam hampir setiap mukasurat Jerusalem Post. Amazon akhirnya dikatakan memberhentikan kerjasama tersebut akibat desakan pelanggan yang prihatin.
Beberapa syarikat yang sedih dengan apa yang dilakukan oleh rejim Israel terhadap Palestin, membuat keputusan untuk turut bersama memboikot Israel.
Pada bulan May 2002, Texas Automotive Export, iaitu sebuah syarikat di US yang mengekspot peralatan kereta telah memutuskan untuk tidak meneruskan perniagaan dengan Israel.
Kejayaan dan sambutan boikot memang membimbangkan US dan Israel, sehinggakan US mengancam untuk mengenakan denda terhadap syarikat yang terlibat dengan boikot ini. Jabatan Perdagangan US telah mengenakan lebih dari USD 26milion denda tidak lagi mengeluarkan lesen ekspot kepada syarikat yang terlibat.
Adakah anda masih ragu2 lagi akan usaha Boikot Produk Israel & US?
Kalau masih ragu-ragu, cubalah perhatikan gambar anak kecil ini? masih kecil dan belum sempat lagi mengenal dunia.... sudah diBOM dan meninggal akibat kekejaman Israel di Palestin... kesan daripada 'sumbangan' kita/org Muslim yang menyumbangkan dana untuk Israel membeli 'peluru' untuk Israel membunuh Umat Islam di Palestin.
.... bagaimanakah jika gambar ini merupakan anak/ saudara mara shbt2 semua? sama-sama kita fikirkan.
Boikot Produk Israel & US!: Download & Sebarkan Risalah ini:
Jom Sertai Skuad Sukarelawan Sekretariat Misi Cakno Palestin
0 JOM KOMEN CATATAN DRPD ﻤﺤﻤﺩ ﻤﻬﻴﻤﻴﻥ ﺍﺒﻥ ﻤﺯﻟﻥ PADA 8:51 PM
Banner Selamatkan Palestin!
Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Memijak Muka George W. Bush
Jahanam Israel! Hancur Amerika! Hidup Palestin!
Golongan OKU turut serta menyertai Bantahan terhadap Israel & US, Anda bagaimana??
Ribuan manusia yg memijak gambar Ehud Olmet & Gorge Bush sbgai tanda protes terhadap kekejaman mereka di Palestin.
Gambar setanEhud Olmet & Ehud Olmet sblm dipijak & dibakar.
Pada Khamis lepas, 8hb Januari 2009 telah diadakan Msyrt Khas Sekretariat Misi Cakno Palestin anjuran Kerajaan Negeri dengan semua 25 NGO's yang terlibat.
Antara program yg telah dan akan diadakan ialah;
1. Membuat banner gergasi untuk dipijak dan dibakar semasa di Kuliah Ilmu, Dataran Ilmu (dilancarkan oleh Menteri Bsar Kelantan) Kota Bharu dan 7 buah masid di sekitar KB, terlibat sama dalam pengajuran demontrasi pada Jumaat lepas.Majlis Solat Hajat juga diadakan yg melibatkan ribuan ummah di Kelantan.
2. Mewujudkan Tabung Amanah Cakno Palestin, sasaran RM 10 Juta.
3. Kempen2 Boikot Produk US & Israel.
4. Mengedarkan risalah/ cd/video dll untuk bagi kesedaran kepada rakyat Kelantan
5. Demontrasi, piket, refredun dll.
6. Menghantar Misi Bantuan Kemanusiaan ke bumi Palestin dll.
Banyak lagi, yg penting dimanakah peranan kita semua dalam banyak2 perkara yg dianjurkan skrg, adakah cukup hanya sekadar hadir mtg/demo/dll dan balik tanpa membuat apa2 tindakan? atau sama2 kita pakat2 buat yg terbaik dan bukannya sekadar yg termampu untuk saudara seagama kita di Palestin.
Jom Sertai Sekretariat Misi Cakno Palestin, sukarelawan sangat2 diperlukan.
Sila SMS, NAMA, IC, No HP kepada SU - 019 9898207 untuk mendaftar sebagai Sukarelawan kami. ATAU sila layari blog: www.caknapalestin.blogspot.com. Terima kasih.
Salam Jihad, Wassalam.
Boikot Barangan Syarikat YAHUDI LaknatulLah!!
0 JOM KOMEN CATATAN DRPD ﻤﺤﻤﺩ ﻤﻬﻴﻤﻴﻥ ﺍﺒﻥ ﻤﺯﻟﻥ PADA 8:37 PM

Tolong cetak dan edarkan Risalah Ini, setiap sen yg anda sumbangkan akan meranapkan Ekonomi negara Yahudi dan sekutunya. Tambah-tambah lagi ekonomi US sendiri pun berada dalam Krisis Ekonomi
Fenomena Kini:
i) Minum Coca-Cola - Senario di belakang tabir adalah Coca-Cola membantu Regim Yahudi sejak tahun 60an lagi, menghina Islam dengan berbagai cara. Haruskah kita menyokong produk mereka sedangkan tanpa coke kita tidak mati malah ianya memudaratkan kesihatan serta banyak lagi produk altenatif, produk Islam sendiri;
ii) Bersantai dan minum di Starbuck Café. Senario di belakang tabir adalah Starbuck merupakan penyokong kuat perjuangan Yahudi Zionis. Tidakkah kita melukakan hati para pejuang Islam yang mempertaruhkan nyawa demi mempertahankan maruah Islam? Tidakkah ada café lain yang tidak menghina Islam atau yang dimiliki oleh orang Islam sendiri? Tidakkah kita lihat bagaimana kita berperanan dan membantu pembunuhan Umat Islam sendiri apabila kita menyumbang kepada keuntungan Starbucks?
iii) Menggunakan ubat gigi Colgate. Senario di belakang tabir di mana lebih 47 tahun Colgate tidak mempedulikan sensitiviti umat Islam dengan mengeluarkan produk tanpa sebarang pengesahan halal dan tidak berminat untuk berbuat demikian selama itu? Colgate juga berperanan menaja dan membantu Israel dalam perang dengan Negara-negara Islam yang diketahui sejak tahun 1967. Kini apabila diasak dan merasakan kerugian akibat terjejas jualan baru menggunakan tanda halal di luar Negara pada ubat gigi yang dibuat di Vietnam, China dan Thailand. Itupun tiada sebarang pengesahan badan mana yang mengesahkannya.
iv) Makan mee segera Maggi - rutin rakyat Malaysia, malam-malam jika lapar cari Maggi, sedangkan kita semua tidak sedar yang setiap pembelian kita terhadap produk tersebut akan memberikan sumbangan kepada Yahudi untuk membeli 'peluru' bagi menembak kepada kanak-kanak kecil yang tidak berdosa di Palestin.
v) Pagi-pagi budak-budak di Malaysia minum MILO - NESTLE! - sudah menjadi rutin kita semua agaknya, sedangkan rakyat di Bumi Palestin bermandikan Darah setiap hari.
dan banyak lagi... sila lihat produk2 yang amat WAJAR diboikot di sini (sila klik)
Tidak wujudkah sedetik pun kita semua untuk memBOIKOT barangan tersebut? Jika tidak, sama2lah kita selidiki semula Iman dan Taqwa kita.
Setiap SEN yang anda BOIKOT akan dapat memastikan Ekonomi negara HARAM Israel terkubur!
BOIKOTLAH untuk KeAmanan DUNIA.
saya cadang kita jalankan Boikot Tepat & Berfasa>
cth; kita mulakan boikot kita dengan lancarkan kempen boikot kepada produk2 yg menguasai pasaran Malaysia terlebih dahulu seperti;
FASA 1: Fokuskan kepada produk2 yg 'biasa' & menjadi rutin harian dgn masyarakat Muslim Malaysia menggunakannya/ makan. Cth: Hari JUMAAT Tanpa KFC & MC Donald's
Apabila FASA 1 berjaya, kita akan dapat melihat penurunan penguasaan pasaran sykt2 terbabit di Malaysia (boleh lihat dgn peningkatan promosi2 sykt besar terbabit di media cetak/elektornik yg mendadak akibat jatuhnya permintaan).
Kemudian kita susulkan dengan fasa2 seterusnya yg kita boleh perhalusi.sehinggalah Ekonomi Yahudi dan sekutunya ranap sepenuhnya.
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Betulkah politik di Malaysia sekarang sedang mengalami "Transformasi"?
Sama-sama kita dengar...... Wacana Perdana



