Transformasi Politik Malaysia

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang




Betulkah politik di Malaysia sekarang sedang mengalami "Transformasi"?
Sama-sama kita dengar...... Wacana Perdana

Ustaz Azhar - Bermaaf-maafan

video

Di bawah Kepimpinan Ulama'

'DEMI MASA'

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Manusia memang selalu lupa...

1hari=24jam
Satu TAHUN ?
12 Bulan
52 Minggu
365 Hari
8760 Jam
525600 Minit
31536000 Detik
Distribusi normal manusia meninggal dunia (tahun)
<> 70th
60thn - 70thn
(65th)
Chart:
Kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60 thn-70thn (majoriti)
Puratanya manusia meninggal ± 65 thn
"Baligh: Start untuk seseorang di perhitungkan amal baik atau buruknya selama hidup di dunia"
Laki-laki Baligh ± 15 tahun
Wanita Baligh ± 12 tahun
Usia Yang ada untuk kita beribadah kepada-Nya, puratanya:
Mati - Baligh = Baki Usia, :~ 65 - 15 = 50 tahun
50 tahun digunakan untuk apa?

Catatan:
50 tahun = 18250 hari=458000 jam
12 jam siang hari
12 jam malam hari
24 jam satu hari satu malam

Gambaran kasarnya:
Mari kita muhasabah bersama..... ....!

WAKTU KITA TIDUR ± 8 jam/hari ;
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai masa tidur : 18250 hari x 8 jam = 146000 jam= 16 tahun 7 bulan; dibundarkan jadi 17 tahun
Logiknya: Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis di gunakan untuk tidur, padahal kita akan tertidur dari dunia untuk selamanya... ....

WAKTU AKTIVITI kita di siang hari ± 12 jam
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk aktiviti:
18250 hari x 12 jam= 219000 jam = 25 tahun
Aktiviti disiang hari: Ada yang bekerja, atau bercinta, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah,
ada yang makan sambil jalan-jalan, dan banyak lagi.

WAKTU REHAT ± 4 jam
Dalam 50 tahun waktu yang dipakai untuk rehat 18250 hari x 4 jam= 73000 jam = 8 tahun
Rehat: menonton tv, atau mungkin dihabiskan termenung di buai khayalan......
17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun

Lalu Bila Nak Beribadah???

Padahal Allah ada berfirman yang bermaksud; "Tidak KUciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU".
Maut datang menjemput tak pernah bersahut,
Malaikat datang menuntut untuk merenggut,
Manusia tak kuasa untuk berkata-kata,
Allah Maha Kuasa atas syurga dan Neraka,
Terimalah habuanmu seadanya..
Memang benar!!! Menuntut ilmu itu ibadah, kalau niatnya untuk ibadah, tetapi kebanyakannya belajar agar mudah mencari pekerjaan..
Sekiranya belajar itu tidak membantu menambah pendapatan kita, kita tidak akan belajar...
Memang benar!!! Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana?
Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya.
" Jarang ada yang menolak untuk dipuji dan dipuja tatkala berjaya "

Lalu Bila Nak Beribadah???

Oh! mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi...!
Karena kita fikir; solat wajib besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab, solat jalan untuk membuka pintu syurga...
Benarkah solat kita itu mencukupi dan diterima !!?

Berapa banyak solat kita dalam 50 tahun???

1 solat = ± 10 minit ..... 5x solat = ± 1 jam
Dalam waktu 50 tahun waktu yang terpakai utk solat = 18250 hari x I jam =18250 jam= 2 tahun

KESIMPULAN :
waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuk solat ( ini kalau yg solat 10minit!
Kalau solat macam ayam patuk tanah..amacam? ) 2 tahun dari 50 tahun kesempatan kita....
itupun belum tentu solat kita bermakna berpahala dan di terima.
Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun;
dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang sengaja ataupun tidak, dalam pertuturan kita yang sering mengguris
orangtua kita, dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang faqir, dalam setiap perbuatan kita yang selalu bergelumang dosa...

LOGIKNYA:
Bukan satu yang mustahil kita umat akhir zaman akan berhamburan di neraka untuk mendapatkan balasan kelalaian............
Terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama manusia hidup di dunia dan semuanya itu akan menjadi bencana............

PENYELESAIAN:

Tiada kata terlambat walaupun waktu berlalu cepat, isilah ia dengan sesuatu yang bermanfaat!! !!!!!
Ingatlah negeri kita...Akhirat
TAMAT
"Bukan suatu paksaan untuk disebarluaskan"
"Saling mengingatkan sesama bukanlah hal binasa''

sekadar renungan

Di mana boleh cari ramai Melayu?

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Di mana boleh cari ramai Melayu
Pastinya di Kelantan dan Terengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh, pusat pemulihan, dulu di Pudu
Dan di jalan, lumba haram, rempit tak berlampu
Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan candu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu
Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika, Metro pasal cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Berpusu-pusu pergi tengok pamiran hantu
Sambil makan junk food, kuaci dan muruku
Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru
Apa pakaian Siti nak pakai itu yang nak tahu
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak melayu masih nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu
Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat mereka di situ
Kenapa melayu jadi begitu
Nak salahkan siapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu
Nak harap Kerajaan saja membantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu
pasal jambatan senget atau siapa dia penghulu
Dan suka sangat dengan budaya ampu mengampu
Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju
BOleh! dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata nabi ikutlah Quran dan sunnah ku
AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dahulu
tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu

Satu tongkat, tiga zaman dan kisah merdeka

Kisah perjuangan Nabi Musa a.s sangat rapat di hati saya. Padanya ada beberapa fasa perjuangan. Dr Ali Shariati antara yang banyak menukilkan kisah-kisah perjuangan Musa menentang Firaun.







Nabi Musa pernah berdialog dengan Nabi Muhammad s.a.w di dalam kisah Isra' Mikraj tentang urusan mengurangkan jumlah solat daripada 50 kepada 5

Tanpa peranan Nabi Musa nescaya kita tentu saja terbeban dengan ur usan solat. Pada saat kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. diriwayatkan baginda sentiasa menyebut 'umatku' dan 'solat' secara berulang. Ertinya, peranan Musa a.s amat besar dalam ur usan solat ini.

Diriwayatkan juga bahawa ketika Nabi Muhammad hampir wafat, baginda menyebutkan suatu doa yang meminta agar baginda dapat berjumpa rakannya di langit. Kalangan orang Kristian mendakwa, doa ini menunjukkan bahawa baginda ingin bertemu Nabi Isa (Jesus Christ). Akhir-akhir ini saya yakin bahawa yang ingin ditemui baginda adalah Musa, iaitu saudaranya yang pernah berbincang mengenai hal pengurangan solat di langit.

"Dan bacakanlah (Hai Muhammad) di dalam Kitab (Al-Quran) ini perihal Nabi Musa; sesungguhnya ia adalah insan pilihan, dan adalah ia seorang Rasul dan Nabi."
(Maryam, 51)

Jika Nabi Musa membawa umatnya ke Laut Merah daripada buruan Fir'aun, maka hal ini juga mirip kepada perjuangan Nabi Muhammad s.a.w dalam kisah hijrah. Ringkasnya ada banyak persamaan yang boleh ditemui pada sosok Musa dan Muhammad ini.

Kembali kepada hal fasa perjuangan Musa a.s, maka saya bahagikan fasa perjuangan ini kepada tiga bahagian bermula dengan tongkat Nabi Musa a.s. Kenapakah perjuangan ini bermula daripada tongkat? Ini kerana, tongkat itu diterima selepas wujud peralihan baru dalam kehidupan Musa yang pernah berada dalam istana Fir'aun sebelum itu.

Tongkat itu adalah simbol 'perjuangan' Musa menyambung kehidupan dengan menternak kambing, sesuai dengan pekerjaan Rasulullah s.a.w sebelum diangkat menjadi nabi. Dan, yang paling penting, tongkat itulah yang disebut Tuhan dalam al-Qur'an.

Di dalam surah Taaha, dialog antara Musa a.s dan Allah s.w.t disebutkan sebagai berikut. (Taha adalah nama lain bagi Muhammad selain Yasin. Pada awal surah ini sudah pun ditunjukkan bagaimana Allah telah memperihalkan perjuangan Musa kepadanya)

[17] "Dan apa (benda) yang berada pada tangan kananmu itu wahai Musa?"
[18] Dia menjawab: "Inilah tongkatku; aku menggunanya semasa berjalan, aku memukul dengannya daun-daun kayu supaya gugur kepada kambing-kambingku, dan ada lagi lain-lain keperluanku pada tongkat itu".
[19] Allah berfirman: "Campakkanlah tongkatmu itu wahai Musa!"
[20] Lalu ia mencampakkannya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular yang bergerak menjalar.
[21] Allah berfirman: "Tangkaplah ia dan jangan takut, Kami akan mengembalikannya kepada keadaannya yang asal."
(Taaha; 17 hingga 21)

Inilah pertunjukan yang pertama ke atas Nabi Musa guna meyakinkan baginda mengenai kekuasaanNya. Bukan saja tongkat, malah tangan Musa yang memegang tongkat itu juga turut diberikan Allah kekuatan mukjizat dengan tangan yang bersinar-sinar.

Pada zaman Rasulullah s.a.w, mukjizat yang lebih kurang sama diberi kan ke atas baginda yang mirip kepada Musa; membelah bulan seperti mana Musa membelah lautan. Lihatlah pergerakan air laut pasang dan surut yang ada kaitannya dengan peredaran bulan.

Adapun kesan tangan Musa yang bersinar itu mengalir kepada tangan Muhammad s.a.w yang bersinar-sinar ketika membelah bulan. Ertinya, banyak persamaan antara Musa dan Nabi Muhammad s.a.w ini.

Bagaimanapun, kita boleh melanjutkan hal persamaan ini pada suatu bab yang lain. Yang menarik untuk direnung kan ialah hal tongkat Nabi Musa pada tiga zaman berbeza.

Tongkat baginda berperanan pada era penjajahan, pra-merdeka dan merdeka.

Zaman penjajahan
Berikut adalah dalil dan nas yang ditemui di dalam al-Qur'an berhubung hal tersebut.

Nabi Musa mula menetapkan masa bagi memerangi kekuatan ahli sihir yang diperalatkan oleh Fir'aun.

Nabi Musa berkata: "Tempoh yang aku tetapkan untuk kamu ialah hari perayaan, dan hendaklah orang ramai berhimpun pada waktu dhuha" (Taaha, 59)

Nabi Musa mencampakkan tongkatnya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular yang jelas nyata. (Asy-Syu'ara', 32)

Zaman pra-merdeka
Setelah berperanan pada zaman penjajahan Fir'aun, tongkat itu juga membawa Bani Israel merentasi Lautan Merah ketika Musa membelah lautan dengannya.

Dan demi sesungguhnya! Kami telah wahyukan kepada Nabi Musa: "Hendaklah kau membawa hamba-hambaKu keluar memgembara pada waktu malam, kemudian pukullah air laut dengan tongkatmu, untuk mengadakan jalan yang kering bagi mereka di laut itu; janganlah engkau menaruh bimbang daripada ditangkap oleh musuh, dan jangan pula kau takut tenggelam". (Taha, 77)

Lalu Kami wahyukan kepada Musa: "Pukullah laut itu dengan tongkatmu". (Setelah dipukul), maka terbelahlah laut (kepada beberapa bahagian), lalu tiap-tiap bahagian yang terbelah itu terangkat seperti gunung yang besar." (Asy-Syu'ara', 63)

Kalau tongkat itu berperanan membelah lautan maka apa peranan tongkat itu pada zaman seterusnya, iaitu zaman mengisi kemerdekaan?

Zaman merdeka
"Dan (ingatlah) ketika Musa meminta agar diberikan air untuk kaumnya, maka Kami berkata: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu," (ia pun memukulnya), lalu terpancut dari batu itu 12 mata air; sesungguhnya setiap puak (antara mereka) telah mengetahui tempat minum. (Dan Kami berfirman): "Makan dan minumlah dari rezeki Allah, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi." (Al-Baqarah, 60)

"Dan kami membahagikan mereka (Bani Israil) menjadi 12 suku, sebagai golongan-golongan besar, dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa, ketika kaumnya memohon air kepadanya: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu." Maka terpancarlah darinya 12 mata air. Tiap-tiap golongan (antara mereka) mengetahui tempat masing-masing. "

Dan Kami naungi mereka dengan awan, dan Kami turunkan kepada mereka "Mann" dan "Salwa". (Lalu Kami berfirman): "Makanlah dari baik-baik yang kami telah kurniakan kepada kamu". Dan tidaklah mereka menganiaya Kami (dengan kekufuran mereka), tapi mereka adalah menganiaya diri mereka sendiri. (Al-A'raaf, 160)

Peranan tongkat Musa a.s itu berakhir dengan sendirinya pada ketika Bani Israel merdeka daripada perhambaan Fir'aun. Khazanah itu semua mungkin tersimpan dalam peti Tabut yang menjadi rebutan anggota Freemason dan Knight Templar pada era berikutnya.

Kesimpulan
Daripada kisah ini, kita membuat banyak rumusan. Tapi, dalam tulisan kecil ini tidaklah boleh kita rangkumkan semuanya.

Pertama, asas pembinaan tamadun berawal daripada 'tongkat'. Dan ia terus juga berfungsi pada setiap zaman, iaitu zaman dijajah, pra-merdeka dan merdeka sepenuhnya.

Bagi umat Nabi Muhammad, 'tongkat' mereka yang sebenarnya ialah pena atau tinta yang pernah disebutkan dengan jelas dalam al-Qur'an menerusi surah al-'Alaq.

[1] Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk)
[2] Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku
[3] Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah
[4] Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan
[5] Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.

Barangkali, kerana faktor inilah yang menyebabkan sasterawan Usman Awang misalnya memilih nama pena ' Tongkat Wa rrant' sebagai gantian kepada nama asalnya.

Seperti mana fungsi asal tongkat Musa a.s, tongkat (tinta pena) cendekiawan, ulama' juga memainkan peranan mereka pada zaman penjajahan, pra-merdeka dan merdeka. Di dalam sirah menuntut merdeka, suratkhabar adalah saksi semua itu. Merekalah peneraju terawal sebelum wujudnya saf politikus kapitalis yang kononnya 'berjuang' melalui parti.

Maulana Muhammad Iqbal bermadah: "Bangsa-bangsa lahir daripada tangan penyair, dan mereka boleh jatuh dan bangun melalui sentuhan politikus."

Bersempena kemerdekaan yang bakal menjelang, jangan dilupakan peranan kaum penulis dan wartawan yang telah lama berjuang menuntut kemerdekaan. Andainya Umno dan BN boleh dilihat sebagai 'penjajah baru', maka jangan dilupakan peranan wartawan berhaluan kiri sebagai teraju utama memerdekakan 5 buah negeri dan 1 wilayah kepada PR.

Tongkat, antara 'keilmuan' dan 'kebendaan'
Tongkat yang asalnya berkait rapat dengan keilmuan mula dinilai sebagai hal yang terkait dengan kebendaan apabila politikus seperti Tun Dr Mahathir meminta Melayu jangan ada 'minda bertongkat', yang selalu mengharapkan bantuan kewangan daripada kerajaan.

Di sini, dapat kita temukan dua watak perbezaan antara pemikir, penyair, ilmuan, ulamak dan politik kapitalis itu. Rasuah politik dan politik wang telah dijadikan asas kepimpinan khasnya dalam Umno mutakhir ini.

Lazimnya, kita selalu berkata 'orang buta kehilangan tongkat' bagi menggambarkan orang yang tiada ilmu kehilangan guru, petunjuk dan hidayah. Tapi dalam kes Umno yang telah buta mata hati, 'tongkat kebendaan' itulah pula yang diinginkan guna menjolok kuasa.

Hukum Berkawan Berlainan Jantina

Sumber: Al Ahkam

Soalan:-

Salam

Di sini saya ada kemusykilan tentang hukum sekiranya bersahabat atau berkawan dengan ajnabi.Apakah hukum sebenar bg konteks ini?
Saya ade sedikit cerita yang ingin dikongsikan.Maklumat ini diberi oleh kawan lelaki saya.Dia memberitahu saya apabila dia pulang dari Yamen.Dia mengatakan bahawa dia mengetahui satu pendapat dari alim ulama’ iaitu drpd. prof syed najib asybiti yang berpendapat haram hukumnya bagi seorang lelaki dan perempuan berkawan tanpa ikatan dan niat kahwin walaupun untuk tujuan belajar.Jadi,sejak itu kami tidak berkawan lagi.Maka,adakah benar hukumnya begitu?
Diharap sudi untuk menjawab persaoalan ini dan segala kerjasama saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Wassalam

Jawapan:-

Wassalam

alJawab:

Fatawa alQardhawi:

Pendapat dari Yemen itu termasuk pendapat yg keras yang tidak berpijak kepada nas, ia banyak menzalimi wanita dengan pelbagai fatwa yg keras dan ketat hingga wanita terpenjara di rumah-rumah mereka.

Ada juga di sana pendapat kaum Liberal/Women’s lib yang berlawanan dengan fatwa Yemen itu, yakni menyeru wanita meninggalkan syari’at dan lepas bebas spt wanita Barat.

Pokoknya: kedua-dua golongan ini : liberalis yg membebaskan wanita semaksimanya dan aliran keTimuran yg mengongkong wanita, memenjara dan menzaliminya.

Adapun pendapat pertengahan Islam ialah wanita sejak zaman salaf assoleh tidak lepas bebas atau terpenjara di rumah mereka, bahkan mereka aktif keluar bersama kaum lelaki (dlm suasana terkawal) cthnya: ke mesjid utk solat berjama’ah, Juma’at, hari Raya, di mana mesjid tidak ada sebarang tirai pemisah, wanita keluar melakukan dakwah, amar makruf dan nahy mungkar, menghadiri majlis ilmu, menyertai perang jihad, mencari rezki atau berkerjaya, berpolitik, mendapatkan hiburan yg baik, menghadiri perayaan dan menyertai perkumpulan yg membawa manfa’at.

Inilah maksud firman Allah ta’ala”

” dan orang2 beriman lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bg setengah yg lain, mereka menyuruh berbuat makruf dan mencegah mungkar.” AQT 9: 71

Dalam konteks ini, tiada halangan lelaki dan perempuan ajnabi berkawan dan bersahabat serta liqa’ atau pertemuan dalam bekerjasama dalam perkara2 kebaikan: menuntut ilmu, program2 kebajikan dan jihad.

Perincian Dr Abdul Halil Abu Syuqqah (sahabat Dr Qardhawi),
1. Pertemuan dan kerjasama itu hendaklah dalam suasana serius
2. menahan pandangan
3. menghindari berjabat tangan
4. mengenakan pakaian yg menepati syari’at (jilbab)
5. tidak bersesakan dan elok jika ada pemisahan
6. menghindari khulwah (berdua-duaan di tempat sunyi), namun boleh jika:
a. khulwah di kawasan awam yg ada orang ramai
b. beberapa lelaki dengan seorang perempuan
c. seorang lelaki dengan beberapa perempuan..

7. tidak terlalu lama dan berulang
8. menghindari tempat yg mencurigai
9. menjauhi perbuatan dosa

Etika khusus wanita jika keluar mengadakan pertemuan dengan lelaki:
1. jika bercakap tidak menggunakan bahasa yg lunak dan gaya yg menggoda
2. berjalan dengan sopan dan tertib
3. elakkan pergerakan yg manja dan menggoda
4. tidak memakai parfum/pewangi
5. serius dlm berbicara

Syarah Dr Abdul Halim* (Tahriir alMar’ah, Darul Qolam, Kuwait, 1990)amat panjang sekali bukunya membicarakan perihal etika pergaulan lelaki dan wanita secara Islam dalam bentuk rincian setebal 548 mukasurat dan saya ringkaskan shj. Juga Fatwa Dr Qardhawi setebal 22 halaman.

* Dr Abdul Halim Abu Syuqqah wafat 1995 adalah sahabat karib Dr Qardhawi di univ Qatar. Dr alQardhawi (80 tahun) adalah kelahiran Mesir dan menetap di Qatar. WA

sekian...wassalam

Mumaiyyiskah anda?

Pemimpin Muslim Negara Islam

Tahun 2004,
Malaysia melakarkan sejarah hitam dalam dimensi Islam kerana mempersendakan ajarannya,
Terwujudnya Istilah Islam Hadhari sahaja telah mencemarkan kemurnian islam itu.Kenapa?

Apa itu islam hadhari?

Islam Hadhari (Arabic الإسلام الحضاري) atau "Islam Bertamadun" ialah sebuah teori kerajaan Melaysia bersumberkan prinsip Islam yang diambil daripada Al quran.Ia diasaskan oleh Tunku Abdul Rahman in 1957 tetapi dengan nama yang berbeza, dan sekarang ia di promosikan oleh Perdana Menteri Malaysia sekarang PAK LAH


Menghina?

ya, ia menghina islam. Istilah itu sahaja sudah menyatakan penghinaan berat bagi islam."Islam Bertamadun",adakah dengan kewujudan islam hadhari sahaja baru islam itu yang telah sedia established dengan sifat syumuliah itu bertamadun? adakah Islam sebelum ini tidak bertamadun?Dan kita lihat saja islam hadhari yang dipromosikan kerajaan malaysia kini adakah ia benar-benar menekankan ajaran ISLAM yang dibawa oleh Rasulullah?Kalau mata anda tidak buta, Hati anda masih ada kecerahannya,tentunya anda sedar akan dahsyatnya masyarakat islam hadhari sekarang.Pemimpinnya saja telah menunjukkan rupa sebenar Islam yang ingin disampaikannya.Mari kita bandingkan antara pemimpin Islam Hadhari kita dengan Pemimpin negara Islam Iran.

Pemimpin Kerajaan Islam Hadhari Malaysia






Pemimpin Islam Iran





Sudah mumayyiskah anda??
Jika sudah.
Yang Hak itu jelas dan yang Batil itu terang.
Lihatlah dengan mata hati keimanan anda.
Beza bandingkanlah kebenaran yang hakiki.
Pemimpinlah yang mencerminkan rakyat.

Mahasiswa Islam Tandus Budaya Ilmu

ADA kalangan menyalahkan idea dakwah ala `Harakatul Islamiyyah' sebagai antara punca kelembapan mahasiswa. Sebagai kesan pemikiran begini, timbullah gejala konfrontasi, sloganisme dan sentimen yang merencatkan pertumbuhan pemikiran yang dinamik, kreatif dan futuris. Sebenarnya, jika seseorang itu meneliti pemikiran yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh gerakan Islam terkemuka seperti As-syahid Hasan al-Banna, Maududi, Fathi Yakan, Dr Hassan Turabi, Syed Qutb atau seumpamanya, mereka akan mendapati bahawa kelembapan gerakan mahasiswa Islam tidak berpunca dari situ bahkan kecemerlangan mahasiswa dan gerakan mahasiswa Islam boleh bermula dari situ.
Sebenarnya gerakan Islam tidak pernah menyeru kepada konfrontasi secara membuta tuli atau bersikap sentimen tanpa berpandukan akal yang rasional. Gerakan Islam adalah satu usaha ke arah pembaikan urusan ummah Islam (islah atau tajdid), memperbetulkan segala yang bertentangan dengan kehendak Islam sama ada kesalahan itu terletak kepada pemerintah atau ummah seluruh (nahi mungkar) dan menyeru ke arah Islam yang sebenarnya (amar makruf). Gerakan Islam tidak bergerak di atas landasan nafsu, perasaan atau sentimen. Sesuai dengan prinsip Islam, gerakan Islam berpandukan kepada pertimbangan akal yang rasional dengan al-Quran dan Sunnah sebagai parameter maksimum dan minimum.
Jika berlaku apa yang dikatakan gejala konfrontasi, slogan dan sentimen dalam gerakan mahasiswa Islam, itu bukan kesilapan pemikiran gerakan Islam tetapi adalah kesilapan mahasiswa itu sendiri yang gagal memahami dengan betul gagasan gerakan Islam, atau kegagalan mereka untuk merealisasikan apa yang mereka pelajari daripada pemikiran gerakan Islam. Inilah keadaan yang perlu diperbetulkan oleh mahasiswa Islam.
Pemikiran sesetengah mahasiswa Islam yang terkongkong dalam satu kerangka pemikiran tertentu yang dicerna daripada pengalaman gerakan Islam luar adalah satu kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku. Hasan al-Banna sendiri menegaskan dalam bukunya, Usul Isyrin bahawa tidak ada satu pandanganpun yang bersifat mutlak melainkan yang datangnya daripada Allah s.w.t dan Nabi-Nya Muhammad s.a.w. Setiap generasi berhak membina perundangan mereka sendiri dengan berasaskan prinsip syariah yang jelas. Begitu juga kepelbagaian kawasan dan zaman membawa kepada perbezaan tasawur perjuangan, agenda dan tindakan sebuah gerakan Islam.
Ini bermakna idea daripada gerakan Islam luar yang menyangkut soal strategi atau pendekatan dakwah hendaklah terlebih dulu disaring oleh pendokong gerakan mahasiswa Islam sebelum digunakan dalam lingkungan masyarakat Malaysia. Ini kerana mungkin pendekatan yang dikemukakan oleh mereka relevan dengan situasi negara mereka, tetapi tidak di Malaysia.
Tanggungjawab dakwah menuntut mahasiswa Islam meneliti dan menganalisis suasana sekitar mereka dan mengemukakan alternatif yang lebih baik kepada masyarakat. Jeritan slogan, konfrontasi atau demonstrasi semata-mata tidak akan memberikan input yang bermakna kepada masyarakat. Dalam konteks kebangkitan Islam di Malaysia sekarang, ia sedang berada dalam zaman pembinaan peradaban Islam itu sendiri bukan dalam era `runtuh-meruntuh'. Apa yang diperlukan ketika ini ialah sumbangan mahasiswa Islam yang lebih bermakna dalam pembinaan masyarakat Islam. Mahasiswa Islam mestilah menyedari arus perdana dalam masyarakat dan negara sekarang, bukannya terperangkap dalam kota pemikiran yang mereka sendiri membinanya.
Dalam banyak perkara yang membabitkan pembinaan masyarakat dan negara, suara mahasiswa Islam tidak kedengaran. Apa pandangan mahasiswa Islam dalam soal masyarakat Malaysia, Melayu baru, bahasa dan seumpamanya seolah-seokah tidak kedengaran. Mahasiswa Islam bagaikan terpinggir daripada arus perdana, dan hanya mampu berteriak dalam universiti dalam soal yang sudah berlalu.
Perkara utama yang sebenarnya menyumbang ke arah kelembapan mahasiswa dan gerakan mahasiswa ialah kurangnya penguasaan ilmu dan pemikiran kreatif. Apa yang diketahui oleh kebanyakan mahasiswa ialah apa yang mereka pelajari secara khusus dalam bidang pengajian mereka, itupun tidak secara menyeluruh. Yang lebih dikejar oleh mahasiswa ialah mendapatkan sijil yang baik yang akan memberikan mereka peluang pekerjaan lebih baik.
Soal ilmu adalah soal kedua yang boleh dikesampingkan berbanding kepentingan sijil. Oleh kerana itu, penghayatan budaya ilmu di kalangan mahasiswa amat kurang sekali. Ini dipengaruhi pula oleh keadaan sekarang yang terlalu menekankan kepada aspek pencapaian luaran yang melupakan soal pembudayaan ilmu itu sendiri. Bagi seorang mahasiswa matlamat mereka datang ke universiti ialah sekadar memenuhi harapan untuk mendapatkan kedudukan yang lebih baik dalam masyarakat. Di samping itu, dalam masyarakat kampus sekarang mahasiswa tidak dididik untuk menyintai ilmu dan berfikiran kreatif.
Begitu juga dengan mahasiswa yang membabitkan diri dalam gerakan Islam yang juga gagal membudayakan tradisi ilmu dalam diri mereka ataupun dalam gerakan mereka. Bukan saja mereka kurang membaca buku-buku di luar daripada bidang pengajian mereka bahkan mereka juga kurang menelaah pemikiran-pemikiran dalam gerakan Islam itu sendiri, baik yang bersifat tradisional ataupun moden. Mereka hanya bergantung kepada apa yang diberikan oleh abang-abang atau kakak-kakak usrah mereka tanpa perlu menimbang sama ada yang dikemukakan kepada mereka itu benar-benar bersesuaian dengan situasi mereka atau tidak. Bagaimana mahasiswa Islam boleh memberikan sumbangan yang bermakna kepada ummah Islam sekiranya mereka sendiri tidak memahami dengan jelas apa yang mereka perjuangkan.
Ada di kalangan mahasiswa yang membabitkan diri dalam gerakan Islam yang gagal memberikan alasan yang kukuh mengapa mereka membabitkan diri dengan satu-satu gerakan Islam sebagai wadah perjuangan mereka melainkan kerana itulah gerakan Islam yang dipilih oleh kakak-kakak atau abang-abang mereka yang terdahulu. Sedangkan salah satu daripada konsep utama dalam gerakan Islam ialah perlunya kefahaman mengenai hujah dan dalil mengapa sesuatu sikap itu diambil.
Mustafa Masyhur, salah seorang pimpinan al-Ikhwanul Muslimun di Mesir, dalam bukunya al-Qudwah ala tariq ad-dakwah menyebutkan ciri-ciri mahasiswa Islam contoh. Antaranya:
* Mahasiswa Islam hendaklah memperbetulkan niat. Kebanyakan mahasiswa Islam belajar hanya sekadar untuk mendapat segulung ijazah. Tetapi yang dikehendaki sebenarnya supaya ia belajar untuk memberikan sumbangan terhadap Islam, umat Islam, menegakkan negara Islam serta mengisi ruang pengkhususan yang diperlukan oleh jemaah Islam.
* Mahasiswa Islam hendaklah membetulkan pandangannya terhadap pelajaran dan ia bukan semata-mata penguasaan akal mengenai maklumat yang perlu dipenuhkan di dalam otak untuk menjawab peperiksaan akhir tahun, tetapi yang dikehendaki ialah dapat menyediakan peribadi terpelajar yang membina ilmunya.
* Mahasiswa Islam contoh hendaklah membiasakan diri dengan kebersihan dimulai dengan pembersihan dalaman, pembersihan hati dan dendam dan hasad, pemarah dan takbur, terpedaya dan setiap yang dimurkai oleh Allah.
* Mahasiswa Muslim contoh hendaklah berusaha menguasai pelajarannya dan mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan, mengatasi pelajar yang lain.

;;
Related Posts with Thumbnails